Mudah Ke Menjadi Jutawan?

Saturday, August 14, 2010 ·


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai orang yang berkejar untuk menjadi jutawan. Adakah anda kira untuk menjadi jutawan semudah yang diungkap? Apa akan terjadi jika hari ini anda diserahkan wang sejuta ringgit?

Hendak menjadi jutawan bukan semudah yang diungkap. Sebelum anda menjadi jutawan, mungkin anda perlu pelbagai kesusahan terlebih dahulu. Mungkin anda kena rajin berusaha, kena pandai dan bijik dalam semua aspek, kena ada ilmu, kena popular terlebih dahulu dan macam-macam lagi. Semua aspek tersebut penting ke dalam mengejar impian jutawan?

Sebenarnya, untuk melangkah dan mengejar impian jutawan perlukan dua aspek sahaja iaitu:

A. Rajin Berusaha
B. Jangan Putus Asa.

Adakah anda tergolong dalam dua aspek ini? Jika ya, impian untuk menjadi jutawan bukan mustahil. Dalam apa jua aktiviti, perniagaan atau seumpamanya memerlukan usaha berterusan tanpa jemu. Jadi apakah langkah anda?

1. Buat dan lakukan.

Jika anda ada ilmu jutawan, tapi tidak amalkan ilmu anda tadi akan sia-sia. Anda tidak akan ke mana. Apa yang perlu anda buat ialah "lakukan atau "bertindak" serta merta selepas adanya ilmu. Anda perlu cuba buat yang terbaik.

Contohnya, anda beli pelbagai ebook panduan menjadi jutawan internet. Jadi, apa yang perlu ialah amalkan ilmu yang diajar dalam ebook berkenaan.

2. Usaha.

Berjayakah anda jika anda tiada usaha dalam merialisasikan impian jutawan? Sudah tentu tidak. Anda perlu lakukan sekarang dan jika tidak berjaya, cuba lagi. Anda perlu belajar dari pengalaman kegagalan anda. Jadikan motivasi anda untuk berjaya. Apa yang penting ialah usaha, usaha dan terus berusaha tanpa putus asa.

Contohnya, jika anda menjalankan perniagaan internet ebook, anda memerlukan usaha dalam promosi ebook anda. Anda perlu gunakan pelbagai kaedah usaha (promosi) yang berterusan tanpa putus asa.

3. Bina Networking.

Disamping anda menjalankan aktiviti atau perniagaan anda, anda perlu menjalankan hubungan yang baik daripada kenalan atau pelanggan anda. Penting ke? Ya, sangat penting. Anda akan dikenali dan mungkin dipercayai. Nascaya mudah bagi anda untuk menjalankan perniagaan dengan mereka yang percaya kepada anda. Hubungan jangka panjang menjamin perniagaan anda kukuh di masa akan datang.

Bina perniagaan --> Duit --> Jutawan

Hanya 3 cara ini sahaja membuatkan impian anda menjadi jutawan bukan mustahil. Hendak menjadi jutawan bukannya mudah, tapi jika anda lakukan dengan betul, jalan ke arah jutawan bertambah senang.

Adakah anda boleh jadi jutawan jika anda tidak buat apa-apa? Mungkin ya, mungkin tidak. Mungkin anda menang loteri atau menang hadiah 1 juta, tapi ianya tetap memerlukan tindakan. Anda pergi ke kedai beli no untuk menang loteri adalah satu tindakan. Walaubagaimanapun, cara hendak menjadi jutawan yang sebegini susah. Jika anda betul-betul bertuah sahaja dapat menjadi jutawan dengan senang.

Ada cara paling senang? Ada! Sudah tentu dengan melakukan perniagaan. Perniagaan yang bagaimana tu? Ada bermacam-macam jenis perniagaan. Anda hanya pilih dan lakukan. Dari perniagaan anda mendapat duit dan dari duit menjadikan anda jutawan. Anda kenal Irfan Khairi? Sudah tentu kenal kan. Irfan Khairi adalah Jutawan Internet muda yang menjalankan perniagaan internet.

Anda mahu menjadi jutawan dengan mudah? Saya akan tunjuk langkah-langkahnya di sini. Jom lihat di sini, mungkin impian menjadi jutawan tidak mustahil.

Salam Kejayaan,

| More

0 comments:

Post a Comment

Produk Terbaik 2012

Followers

 

SKY DASHBOARD | Copyright © 2009 - Blogger Template Designed By BLOGGER DASHBOARD