12 Prinsip Jutawan Dibongkar!

Monday, August 16, 2010 ·
12 Prinsip Jutawan Dibongkar!

Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa.

Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada masa akan datang.

Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu RM1000 yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka.




Di sini saya membongkar 12 Prinsip Jutawan yang boleh anda ikut:


1. Mereka rancangkan kejayaan mereka.

Mereka menyematkan matlamat berapakah pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan. Mereka berfikir ke hadapan. Mereka membuat kajian tentang peluang mereka.

2. Mereka merancang dan bertindak.

Mereka membuat satu simpanan tetap dan terus menyimpan setiap bulan tanpa henti. Mereka bukan cakap-cakap kosong. Bila mereka melakukan sesuatu seperti melakukan perniagaan, mereka bertindak segera. Mereka melakukanya bukan terburu-buru, tapi mereka buat strategik, teknik, survey dan seumpamanya. Dengan kata lain, mereka mengkaji terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan.

3. Orang kaya mempunyai disiplin.

Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana.

Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5. Mereka cuba mengelakkan hutang.

Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh. Mereka sentiasa menampah kewangan melalui pelbagai tindakan seperti perniagaan dan dalam masa mengelakkan daripada berhutang.

6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan
bijak.

Mereka bijak berbelanja. Mereka sentiasa jadikan pendapatan (wang) untuk menambah pendapatan (wang).

7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8. Mereka benci berbelanja.

9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan
memberikan hasil yang lumayan pada masa depan. Mereka sentiasa menambah wang melalui aktiviti seperti perniagaan dan dalam masa yang sama mereka menyimpan untuk masa hadapan.

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka
akan lebih berjaya. Mereka ikut teknik dan strategik mentor mereka untuk mengubah hidup dari tiada apa-apa kepada jutawan.

11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak
atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan. Mereka menjadikan wang untuk menambah wang.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak
yang boleh. Mereka melihat peluang-peluang yang ada. Mereka tidak akan sia-siakan. Mereka akan buat bersungguh-sungguh bila ada peluang.

Jumpa lagi dengan Rahsia Kekayaan yang lain!

Ikhlas,
| More

0 comments:

Post a Comment

Produk Terbaik 2012

Followers

 

SKY DASHBOARD | Copyright © 2009 - Blogger Template Designed By BLOGGER DASHBOARD