Jutawan Pada Usia 20-an.

Saturday, August 21, 2010 ·
Jutawan misteri dari Pulau Pinang, yang menempa nama di Hollywood, Jho Low memberitahu, beliau membuat keuntungan satu juta dollarnya yang pertama ketika berusia 20 tahun dan kini syarikat pelaburan miliknya bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.19 bilion).

Bercakap dalam satu temuramah eksklusif bersama akhbar The Star, Jho Low yang buat pertama kalinya mendedahkan identitinya kepada media menceritakan, beliau membuat satu juta dollarnya yang pertama ketika mengambil cuti rehat semester ketika sedang belajar di sekolah perniagaan terkenal Amerika, The Wharton School of Business di University of Pennsylvania.

Kata Low, kejayaannya dalam dunia perniagaan banyak ditentukan oleh situasi di mana beliau berada di tempat yang betul dan pada masa yang betul dan juga kerana dia telah dihantar menuntut di sekolah yang betul iaitu Harrow di United Kingdom dan kemudian Wharton di Amerika.

Di sini katanya, dia telah berkawan dan bertemu dengan anak-anak dari kalangan keluarga diraja Arab yang kaya raya dan keakraban serta kepercayaan yang mereka bina selama bertahun-tahun belajar bersama telah membantunya untuk mendaki kerjaya sebagai seorang usahawan yang berjaya.

"Terdapat beberapa perkara penting terutamanya dalam soal membina hubungan ketika saya berada di sana. Harrow menempatkan ramai anak-anak daripada keluarga berpengaruh dari Eropah, Asia dan Asia Barat. Di situlah saya bertemu dengan anak bekas Raja Jordan, antara lainnya.

Waktu itu juga penting bagi saya. Ketika itulah saya berjaya membina asas perhubungan penting demi masa depan. Itu amat penting, kerana saat itulah kita kenali mereka sebagai sahabat dan memupuk kepercayaan untuk masa hadapan, berbanding berjumpa seseorang sewaktu perjalanan kerjaya perniagaan anda.

Selepas Harrow saya melanjutkan pengajian di Wharton untuk memperluaskan jaringan. Sepanjang pengajian dari 1998 hingga 2005, ia menjadi tempoh perkembangan paling utama bagi saya. Saya percaya pada kerja keras dan ketekunan.

Tapi saya akui, kejayaan juga bergantung kepada berada di tempat yang betul pada waktu yang tepat dan berjumpa dengan orang yang betul digandingkan dengan perhubungan yang bersandarkan kepada kepercayaan.

Low menekankan betapa kepercayaan adalah kunci utama dalam menentukan kejayaan sesebuah urusan dan juga perniagaan.

Jadi apabila dia mewujudkan syarikat pelaburan yang dinamakan Kumpulan Wynton, rakan-rakan sekolahnya dari kalangan keluarga diraja Arab seramai sembilan orang serta ahli keluarganya sendiri telah sudi melabur sejumlah AS$25 juta (RM79.7 juta).

Kini syarikat tersebut bernilai lebih AS$1 bilion.

Low, 28, adalah anak ketiga dan bongsu usahawan dari Pulau Pinang, Datuk Larry Low yang memiliki sebuah syarikat kejuruteraan MWE.

sumber: Mstar Online



Anda mungkin juga meminati:




| More

0 comments:

Post a Comment

Produk Terbaik 2012

Followers

 

SKY DASHBOARD | Copyright © 2009 - Blogger Template Designed By BLOGGER DASHBOARD