Jutawan 1,000,000,000 (Satu Bilion)! Bolehkah?

Wednesday, August 18, 2010 ·


Setiap hari saya atau anda berfikir bagaimana hendak mengumpul 1,000,000,000 wang dengan cepat. Tercapaikah hasrat untuk mengumpul wang berjumlah 1,000,000,000 ataupun sekurang-kurangnya satu juta?

Bayangkan anda ada duit berjumlah 1,000,000,000. Satu angka yang sangat banyak kan. Sekiranya anda ada duit 1,000,000,000 apa yang anda hendak buat dengan duit berkenaan? Shopping? beli kereta mewah? beli rumah banglo? ataupun anda buat pelaburan? Apa yang anda hendak lakukan terlebih dahulu?

Apa yang perlu anda buat ialah menggandakan duit berkenaan. Pelbagai cara. Antaranya:

1. Buat Perniagaan. Perniagaan menjamin pendapatan yang lumayan jika strategik betul. Pilih model perniagaan yang betul-betul bagus dan baik. Perniagaan menjamin kebebasan sepenuhnya kepada anda. Anda lah bos. Anda bebas untuk melakukan apa sahaja aktiviti sebab anda yang tentukan.

2. Buat pelaburan. Pelaburan anda menjamin masa depan anda. Pelaburan yang bijak boleh menggandakan duit anda. Walaubagaimanapun, anda memerlukan strategik yang betul dalam membuat pelaburan. Pilih pelaburan yang menguntungkan, tapi jangan pula tamak ek.

3. Beli aset seperti hartanah dan rumah. Aset seperti hartanah dan rumah akan ada nilai yang lebih besar di masa depan. Makin lama aset ini, maka makin bernilai la ia.

Nak tahu satu rahsia tak? Rahsia bagaimana seorang jutawan mampu mengumpul satu juta dengan cepat dan mudah. Rahsianya ialah:

--> Seorang Jutawan menganggap 1 juta itu sedikit.

Apa rasionalnya menganggap 1 juta itu sedikit? Bila difikirkan, memang betul pun. Bila mereka menganggap RM100,000 itu sedikit, maka mudah bagi mereka mencapai 1 juta. Bila mereka menganggap 1 juta sedikit, maka mudah bagi mereka mencapai angka satu bilion seperti Bill Gate, Warrent Buffet, Donal Trumph Robert Kwok, Ananda Krishnan, Dato Syed Mokhtar Albukhary, Mukesh Ambani...

Apakah matlamat hidup anda setelah mencapai umur 60 tahun? Hidup anda berubah setelah mencapai umur 30 atau 40 atau 50 ataupun 60 tahun? Jika anda tidak buat apa-apa, tiada tindakan, tiada usaha, hidup anda tidak akan berubah.

Apa yang membezakan mereka (jutawan) dengan kita? Kita dengan mereka sama-sama makan nasi. Sama-sama manusia. Sama-sama ada pemikiran. Apa yang membezakannya ialah pemikiran dan tindakan yang mereka yang lakukan.

Pemikiran mereka jauh ke hadapan. Mereka berfikir seperti kita, tapi pemikiran mereka adalah luar biasa. Mereka melihat dan mengambil peluang yang ada depan mata mereka. Mereka akan fikir peluang berkenaan. Tindakan yang mereka lakukan serta merta. Mereka berusaha untuk mencapai impian jutawan. Mereka tidak kenal erti jemu dan putus asa. Tindakan yang mereka lakukan adalah luar biasa.

Jangan lepaskan peluang ketika peluang masih ada. Jika anda mahukan impian jutawan, lakukan perniagaan. Perniagaan adalah satu cara cepat untuk mencapai impian jutawan. Anda boleh mengumpul dan menyimpan duit untuk mencapai angka 1 juta, namun sudah tentu lambat dan memakan masa. Jom lihat kisah jutawan automatik DI SINI.


Salam Kejayaan,



| More

0 comments:

Post a Comment

Produk Terbaik 2012

Followers

 

SKY DASHBOARD | Copyright © 2009 - Blogger Template Designed By BLOGGER DASHBOARD